
PUTRAJAYA: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mendapat pengampunan bersyarat yang membolehkan beliau menjalani baki hukuman secara tahanan di rumah sehingga 23 Ogos 2028, tertakluk kepada pembayaran denda RM50 juta.
Perkara itu diputuskan dalam Mesyuarat Lembaga Pengampunan bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya kali ke-64 yang berlangsung hari ini.
Menurut kenyataan Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri, Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim memperkenankan pengampunan bersyarat tersebut.
“Beliau hendaklah mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan,” menurut kenyataan itu.
Pengampunan berkenaan membolehkan Najib menjalani baki hukuman penjara di kediamannya sehingga 23 Ogos 2028 sekiranya beliau membayar denda RM50 juta.
Bagaimanapun, sekiranya mana-mana syarat yang ditetapkan tidak dipatuhi, pengampunan bersyarat itu akan terbatal dan beliau hendaklah meneruskan baki hukuman di penjara.
Najib kini menjalani hukuman selepas disabitkan kesalahan dalam kes membabitkan dana SRC International.





