
Orang lain makan nangka, Orang lain kena getahnya
Apa sebenarnya masalah Portal News Straits Times mengeluarkan cerita mengenai Limo KLIA tapi gambar teksi eksekutif dan juga budjet.
Artikel yang diterbitkan pada 21/11/2019 pada pukul 12 tengahari itu sudah terang-terang menyatakan Operator KLIA Limo memberi perkhidmatan yang kurang memuaskan.
Tidak ada salahnya tajuk artikel itu, tetapi ‘dosa besar’ yang dilakukan mereka apabila memuat naik gambar yang bukannya teksi LIMO.
Sudahlah teksi biru dan merah putih ini di cop sebagai tidak beretika dan sering dipandang serong oleh orang ramai, paparan seperti ini akan terus memburukkan lagi keadaan.
Masalah dengan pengendali e-hailing lagi, sepatutnya editor, wartawan dan pengendali laman portal itu peka dengan keadaan seperti ini.
Kami pemandu teksi biru menjadi duta tidak rasmi kepada negara ketika beroperasi dan menerima penumpang asing.
Tahun Melawat Malaysia 2020 tidak lama lagi juga antara faktor yng akan menjadikan teksi biru dan merah putih ini sebagai penggerak kepada perkhidmatan pengangkutan kepada lebih 30 juta pelancong yang bakal tiba tahun hadapan.
Sampai bila kita peru dipandang rendah seperti ini, kesilapan seperti ini tidak sepatutnya berlaku.
Pihak NST perlu membuat pernohonan masf dan menarik balik gambar teksi biru dan merah yang terang-terang bukan Limo KLIA seperti yang dinyatakan dalam artikel itu.
Cukuplah, orang lain makan nangka, orang lain terkena getahnya.
Persatuan GAPTEK
Sedia Berkhidmat Demi Negara
21 November 2019