
KUALA LUMPUR: Pasport milik menantu kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Muhammad Adlan Berhan disahkan telah dibatalkan.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution berkata ia susulan permohonan dikemukakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk membatalkan pasport individu yang dikendaki itu.
“Saya difahamkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) bahawa SPRM pernah mengangkat permohonan untuk membatalkan pasport individu tersebut dan hal itu telah pun dilaksanakan. Itu saya boleh sahkan,” katanya pada sidang media selepas perhimpunan bulanan Kementerian Dalam Negeri di sini hari.
Bellau berkata, polis serta JiM akan membantu membawa pulang Muhammad Adlan, yang kini dipercayai berada di luar negara, bagi tujuan siasatan SPRM.
“Individu tersebut sememangnya dikehendaki untuk tujuan siasatan oleh SPRM. Jadi, bagaimana dua agensi di bawah KDN iaitu JIM dan Polis boleh membantu untuk membawa pulang, itu keutamaan kami,” katanya.
Saifuddin Nasution berkata pihaknya juga akan menyemak bagaimana Muhammad Adlan boleh bergerak di luar negara sedangkan pasportnya telah dibatalkan.






