PENCETUS PENDIDIKAN GLOBAL DI AFRIKA SELATAN


PENUBUHAN Universiti Limkokwing di Afrika Selatan tidak mempunyai agenda lain selain mahu merealisasikan impian warga negara itu bagi memperoleh pendidikan berkualiti.

Pengasas Universiti Limkokwing, Tan Sri Prof. Emeritus Dr. Lim Kok Wing telah membina satu visi diri untuk bekerjasama dengan rakyat Afrika bagi memajukan generasi pemimpin dan pemikir muda Afrika  untuk membina modal insan Afrika.

Bertitik tolak dari itu maka bermula cabaran buat Universiti Limkokwing di bumi asing pada 2014 khususnya membudayakan pendidikan dalam kalangan belia di Afrika Selatan.

Cabaran bukan hanya melibatkan sistem pendidikan malah turut melibatkan elemen modal insan terutama ketika membantu benua itu memerangi wabak Ebola.

Ketika itu Universiti Limkokwing telah memainkan peranannya dalam memupuk kesedaran dalam kalangan masyarakat setempat bagi usaha menghentikan penularan wabak tersebut.

Sistem pendidikan bermula perlahan sebaik tamat wabak Ebola, ia juga cabaran baharu buat Universiti Limkokwing dalam usaha menarik minat belia menyertai institusi pendidikan tersebut sebagai pelajar.

Limkokwing (tengah) diraikan oleh pelajar-pelajar Afrika atas usaha beliau yang berjaya membuka universiti itu di  Sierra Leone

Sedar isu bebanan kewangan menjadi perkara utama dalam kalangan ibu bapa bagi memberikan pendidikan sempurna kepada anak mereka maka Universiti Limkokwing telah memperkenalkan biasiswa buat pelajarnya.

Biasiswa itu berjaya menggalakkan pelajar di Afrika Selatan meneruskan pendidikan dalam menjadi insan berkualiti.

Usaha Tan Sri Prof. Emeritus Dr. Lim Kok Wing di Afrika Selatan juga telah menunjukkan bahawa beliau telah mencapai misi kebajikan yang sebelum ini diperjuangkan dalam Princes Trust dan mencapai sasaran Kestabilan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN) serta mewujudkan Inklusiviti Global dalam kampus antarbangsa Universiti Limkokwing.

KEPELBAGAIAN pelajar daripada pelbagai bangsa yang mengikuti pengajian di Universiti Limkokwing di Cyberjaya.

Sumbangan beliau di Afrika Selatan telah diiktiraf kerana mencapai sasaran kestabilan Impak Akademik Bangsa-Bangsa Bersatu.

Sepanjang mencipta nama di Afrika Selatan, Universiti Limkokwing telah membantu negara itu menjana ekonomi setempat selain mengeratkan hubungan antara Malaysia-Afrika Selatan.

Penubuhan kampus Universiti Limkokwing di Afrika Selatan juga telah membuka peluang pekerjaan dalam kalangan masyarakat setempat sekali gus mewujudkan persekitaran positif.

SEBAHAGIAN daripada pelajar yang mengikuti pengajian di peringkat universiti di peringkat diploma dan ijazah di Universiti Limkokwing.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *