UNIVERSITI LIMKOKWING PENGERAK PENDIDIKAN ANTARABANGSA
SIAPA sangka jenama Limkokwing yang suatu ketika dahulu asing buat umum kini sudah mula ‘gah’ dipersada antabangsa.
Pengasas Universiti Limkokwing, Tan Sri Prof. Emeritus Dr. Lim Kok Wing juga tidak pernah jemu untuk memperkukuhkan institusi pendidikan itu setanding universiti terkemuka antarabangsa.
Potensi yang dimiliki selari dengan agenda memperkasa belia maka tidak hairan Universiti Limkokwing kini menjadi tumpuan bakal graduan untuk menimba ilmu sebelum melangkah ke alam pekerjaan profesional.
Ketika ini sektor industri pendidikan di negara sedang berubah secara dinamis dan dikira akan mengalami banyak perubahan dan pembaharuan menjelang abad ke-21 dan perkara itu sudah pun berada dalam tumpuan Universiti Limkokwing bagi menempuh cabaran mendatang.
Bukan itu sahaja, Universiti Limkokwing juga antara institusi pendidikan tempatan yang cuba memenuhi matlamat menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan (center for academic excellence) di rantau asia dan juga di peringkat antarabangsa pada abad ini.
Ke arah itu memerlukan Universiti Limkokwing meningkatkan kecemerlangan imej dan kualiti pendidikannya ke taraf dunia bagi memperolehi status “World Class Education”.
Keupayaan Universiti mewujudkan suasana pendidikan antarabangsa menerusi pelajar mereka yang terdiri dari pelbagai negara juga telah menjadikan sistem pendidikan bertaraf dunia sekali gus menunjukkan perkembangan dan kemajuan pesat serta dinamis pendidikan negara.
Usaha yang dilakukan oleh Universiti Limkokwing ini secara tidak langsung telah membantu mempromosikan pendidikan khususnya dari segi kualiti, kuantiti, standard, kecemerlangan dan kredentialiti yang diakui dan diterima di peringkat antarabangsa atau dunia.
Bukan itu sahaja, komitmen yang dipamerkan oleh Universiti Limkokwing telah meningkatkan kewibawaan dan memulakan anjakan paradigma barunya membawa era pendidikan bertaraf antarabangsa sekali gus mampu mencapai misi dan visinya tersendiri.
Pendidikan yang berkualiti amat penting bagi mencorakkan perubahan dan kemajuan pembangunan sumber tenaga manusia yang produktif di negara ini yang sedang mengorak langkah mencapai status negara maju.
Untuk menjadikan pendidikan negara bertaraf dunia, semua pihak di negara ini yang terlibat dengan kegiatan pendidikan perlu meningkatkan komitmen mereka supaya sentiasa berusaha mengekalkan dan meningkatkan kualiti pendidikan untuk kemajuan dan perubahan.
Bertitik tolak dari kesedaran ini maka Universiti Limkokwing telah pun mengorak langkah awalnya untuk menjadi peneraju pendidikan bertaraf antarabangsa termasuk menjalin kerjasama dengan beberapa negara dalam melebarkan sayap Universiti Limkokwing ke seluruh dunia.
Usaha Universiti Limkokwing mencipta nama di persada antarabangsa dan diterima sebagai jenama global di Afrika dan standing dengan jenama Petronas dan Malaysia Airlines (MAS) telah membantu institusi pendidikan itu dalam memperkasakan pendidikan.
Jika dilihat dari perspektif yang luas, sumbangan Limkokwing amat besar dalam usaha membudayakan pendidikan dalam kalangan masyarakat tempatan.
Buktinya, pelbagai kempen pernah digerakkan oleh Universiti Limkokwing antaranya mengelolakan beberapa program dan kempen anjuran kerajaan seperti kempen anti merokok “Tak Nak” dan mempromosikan Rakan Muda serta program Satu Hati, Satu Negara, 1 Malaysia.
Segala perubahan dan pembaharuan dilakukan oleh Universiti Limkokwing adalah berdasarkan kepada hakikat bahawa tanpa sistem pendidikan yang bertaraf dunia, impian untuk mentransformasikan Malaysia menjadi negara maju tidak mungkin dapat dicapai.