Spritzer tampilkan stesen Air Hutan Hujan Asli sempena Hari Bumi Sedunia
KUALA LUMPUR 16 April – Spritzer Malaysia (Spritzer) dan Pavilion Kuala Lumpur meraikan Hari Bumi Sedunia dengan menampilkan stesen “Air Hutan Hujan Asli” bertempat di pintu masuk hadapan kompleks membeli belah itu di Jalan Bukit Bintang.
Bersempena Hari Bumi Sedunia yang jatuh pada 22 April ini, Spritzer mengambil inisiatif dengan memberi peluang kepada para pengunjung merasai kesegaran rasa air mineral asli Spritzer dan Acilis oleh Spritzer sambil menikmati pertunjukan skrin elit interaktif 3D sumber air mineral asli.
Stesen Spritzer itu menampilkan beberapa lapisan pasir, iaitu penapisan air semula jadi ke air bawah tanah.
Spritzer dalam kenyataan berkata, Stesen bertemakan hutan hujan itu adalah kerjasama antara Spritzer dan Pavilion Kuala Lumpur bagi memacu kesedaran berkaitan Hari Bumi Sedunia dan akan berada di sana dari 12 April hingga 23 Mei depan.
”Para pengunjung berkesempatan untuk bergambar dengan bandar mini hutan hujan yang disediakan selain dapat merasai keaslian air hutan hujan menerusi sampel Air Mineral Asli Spritzer dan Acilis oleh Spritzer,” kata Spritzer.
Para pengunjung juga boleh berinteraksi dengan menara skrin elit 3D itu yang merentasi pintu masuk pusat membeli belah itu dan boleh melihat bagaimana pentingnya memiliki sumber air bersih dan kesannya kepada alam sekitar.
Skrin interaktif itu turut menonjolkan kawasan semulajadi Spritzer yang berkeluasan 330 ekar di Taiping Perak yang dikelilingi hutan hujan tropika, yang mana sumber air mineral itu diekstrak dari sumber air yang kaya dengan silica diambil dari sumber bawah tanah.
Tambah Spritzer, pengunjung juga boleh mengitar semula botol-botol minuman mereka selepas menikmati sampel yang disediakan oleh Spritzer di mana kesemua botol itu boleh dikitar semula sepenuhnya termasuk penutup dan label yang diperbuat daripada 100 peratus polyethylene terephthalate (PET).
“Kami menjemput semua untuk menjadi sebahagian daripada kehidupan kedua bagi semua pembungkusan PET yang boleh dihasilkan semula menjadi barang seperti bekas-bekas, pakaian, pembungkusan pelindung, tenaga hijau dan banyak lagi dalam dalam tempoh satu hari dengan teknologi kitar semula semasa,” ujar Spritzer.
Botol-botol dari rangkaian Acilis dari Spritzer, merupakan air mineral semula jadi yang peka terhadap alam sekitar. Ia merupakan botol berasaskan tumbuhan pertama buatan Malaysia yang diperbuat sehingga 30 peratus bahan buangan sisa tebu dan ia 100 peratus kitar semula.
“Mengitar semula botol-botol terpakai seperti memberi peluang kedua dan ia berkesan secara efektif bagi mengurangkan peratusan sisa pelupusan sampah. Sisa pelupusan sampah akan reput dan terurai bagi menghasilkan gas berbahaya seperti karbon dioksida dan metana yang mana menyumbang kepada pemanasan global di samping mencemarkan persekitaran sekeliling,” tambah Spritzer.