
KUALA LUMPUR: Orang ramai yang merancang untuk menunaikan ibadah umrah atau bercuti kini berpeluang menikmati pelbagai tawaran menarik menerusi kempen Andalusia 7.7 Deals yang berlangsung dari 1 hingga 7 Julai ini.
Menerusi kempen selama tujuh hari itu, pelanggan boleh membuat tempahan pakej Umrah dan pakej pelancongan dengan lebih mudah secara dalam talian melalui laman web rasmi Andalusia di www.umrahandalusia.com.
Ahli Lembaga Pengurusan Bahagian Pemasaran, Jualan, Data dan Acara Andalusia, Izzati Ibrahim berkata, semua tempahan yang dibuat sepanjang tempoh kempen melayakkan pelanggan menikmati diskaun istimewa dengan menggunakan kod promosi 77ATTSB2026 semasa pembayaran.
“Pengguna berpeluang memperoleh potongan harga bernilai RM77 sehingga RM1,000 bergantung kepada pakej yang dipilih.

“Selain penjimatan menarik, setiap tempahan yang berjaya turut melayakkan pelanggan menyertai cabutan bertuah yang menawarkan hadiah lumayan berupa lapan buah kereta berjenama untuk dimenangi,” jelasnya.
Beliau menambah, Kempen Andalusia 7.7 Deals dilihat sebagai peluang terbaik bagi mereka yang ingin merealisasikan impian menjejakkan kaki ke Tanah Suci atau merancang percutian bersama keluarga pada harga berpatutan.
Izzati berkata, tawaran berkenaan dijangka memberi manfaat kepada pelbagai lapisan masyarakat khususnya mereka yang sedang membuat perancangan awal untuk menunaikan umrah pada musim akan datang.
“Dengan proses tempahan yang mudah dan pantas melalui platform digital, pelanggan boleh menyemak pilihan pakej, tarikh perjalanan serta membuat pembayaran tanpa perlu hadir ke cawangan.
“Selain pakej umrah, kempen itu turut merangkumi pelbagai pakej pelancongan domestik dan antarabangsa yang sesuai untuk individu, pasangan serta keluarga.
“Kepelbagaian destinasi yang ditawarkan memberi lebih banyak pilihan kepada pelanggan mengikut bajet dan keperluan perjalanan masing-masing,” ujarnya.
Orang ramai disaran mengambil peluang kempen berkenaan kerana tawaran tersebut hanya berlangsung sehingga 7 Julai 2026.
Tempahan awal bukan sahaja membolehkan pelanggan menikmati penjimatan sehingga RM1,000, malah memberi peluang menyertai cabutan bertuah lapan buah kereta berjenama.
Bagi yang sudah lama menyimpan hasrat untuk mengerjakan umrah atau bercuti bersama insan tersayang, kempen Andalusia 7.7 Deals merupakan masa yang tepat untuk merealisasikan impian tersebut.







