
KUALA LUMPUR: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) memaklumkan pengisytiharan rasmi tarikh Hari Raya Aidilfitri 1447H / 2026M akan diumumkan pada Khamis ini pada pukul 8 malam.
Dalam hantaran di media sosial, JAKIM berkata, penentuan dibuat berdasarkan cerapan anak bulan di 29 lokasi seluruh negara.
“Pengumuman tersebut akan dilakukan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja. Sama-sama kita nantikan pengumuman ini dengan hati yang penuh syukur.
“Semoga Ramadan kita diterima dan Syawal disambut dengan penuh keberkatan,” kata hantaran itu lagi.






