

Berita baik buat semua penggemar barbeku di luar sana! McDonald’s Malaysia siap sedia membarakan pemanggang dan memperkenalkan Rockin’ BBQ Burger terbaru! Burger lazat ini didatangkan bukan dengan satu atau dua tetapi tiga jenis pilihan – Rockin’ BBQ, Double Rockin’ BBQ dan Triple Rockin’ BBQ – sama ada daging ayam atau pun lembu.
Dengan Rockin’ BBQ Burgers, pelanggan boleh menikmati kepingan daging empuk dengan perisa salai. Kepingan daging dipanggang dengan sempurna sebelum disaluti sos BBQ, bawang panggang, lapisan keju cair, kapsikum merah segar, serta selada yang dimayang, kesemuanya kemudian diapit dengan ban tepung jagung dan herba campuran yang dibakar.
“McDonald’s Malaysia sentiasa berusaha untuk menggembirakan pelanggan kami dengan cetusan pelbagai rasa baru yang menggiurkan, dan kami yakin Rockin’ BBQ Burgers yang terbaru ini akan menjadi suatu tambahan yang dialu-alukan selain daripada pelbagai pilihan menu kami yang lain, khususnya buat para penggemar barbeku,” kata Melati Abdul Hai, Naib Presiden dan Ketua Pegawai Pemasaran, McDonald’s Malaysia.
“Tidak kira sama ada anda penggemar daging lembu atau ayam, kami berharap pelanggan akan menikmati keseronokan dengan setiap gigitan Rockin’ BBQ Burgers kami,” tambah Melati.
Apa yang membuatkan kempen ini lebih menarik, McDonald’s akan bekerjasama dengan Ratu Rock Malaysia, Ella untuk menyanyikan lagu iklan TV versi rock. Ella juga akan membuat penampilan khas di konsert maya ‘Rock On’ Astro Gempak pada 28 Ogos, dan peminat berpeluang memenangi makan tengah hari eksklusif secara maya bersama Ella serta barangan edisi terhad.
McDonald’s juga terkenal dengan pencuci mulutnya, dan kali ini, pelanggan boleh menikmati Salted Caramel McFlurry dan Pretzel Bits McFlurry, yang padat dengan keenakan kepingan karamel masin dan taburan cebisan pretzel praline.
Set hidangan Rockin’ BBQ Burger berharga dari RM15.99, dan dihidangkan bersama kentang goreng dan minuman bersaiz sederhana. Ianya boleh didapati untuk masa yang terhad dan sementara stok masih ada di semua restoran McDonald’s di seluruh negara.
Sepanjang tempoh promosi, pengguna aplikasi McDonald’s boleh mengambil bahagian dalam peraduan “The Rockin’ Hunt”, di mana pelanggan perlu mencari tanda ‘rock’ yang tersembunyi di aplikasi McDonald’s dan menghantar jawapan mereka. 100 peserta pertama layak menebus untuk menaik taraf ke Double Rockin’ BBQ Burger secara percuma. Untuk mengetahui lebih lanjut, sila log masuk ke aplikasi McDonald’s atau muat turun dari Apple Store atau Google Play.
Burger McDonald’s diperbuat daripada bahan berkualiti terbaik termasuk kepingan daging empuk yang 100% halal, ban lembut yang dihantar terus dari kedai roti yang disahkan halal serta sayur-sayuran segar daripada pembekal tempatan.
Kekal #SafeWithMekdi dengan membuat pesanan tanpa sentuh melalui McDelivery atau Pandu-Lalu berdekatan anda. Untuk maklumat lebih lanjut mengenai menu menarik di McDonald’s Malaysia, layari www.mcdonalds.com.my.