
KUALA LUMPUR – Penubuhan Majlis Media Malaysia (MMC) akan menjadi kenyataan tidak lama lagi.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, Rang Undang-Undang (RUU) yang dicadangkan akan dibentangkan pada sesi Dewan Rakyat kali ini.
“Draf MMC telah dipersetujui bersama dan dihantar ke Pejabat Peguam Negara untuk semakan akhir sebelum penyediaan kertas Kabinet.
“Jika diluluskan, kami menjangka untuk membentangkan RUU tersebut dalam sidang Parlimen kali ini,” katanya.
Fahmi berkata demikian bagi menjawab soalan Ahmad Fadhli Shaari (PAS-Pasir Mas) di Dewan Rakyat, hari ini.