
KUALA LUMPUR: Kementerian Komunikasi meminta penyedia platform media sosial segera mendaftar lesen perkhidmatan menjelang penguatkuasaan Lesen Kelas Pemberi Perkhidmatan Aplikasi pada 1 Januari 2025.
Timbalan menterinya, Teo Nie Ching berkata tarikh akhir bagi mengemukakan permohonan adalah sebelum atau pada 31 Disember ini sebagaimana dilakukan Telegram dan Tencent (WeChat) yang telah memulakan proses pelesenan yang diperlukan untuk beroperasi di Malaysia.
“Terima kasih kepada Tencent dan Telegram kerana sudi bekerjasama dan mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).
“Saya harap platform lain akan ikuti langkah mereka kerana jika mereka (penyedia platform) ingin memberi perkhidmatan di Malaysia,” katanya selepas mengunjungi pelakon veteran Sathia Periasamy atau Sathiya sempena sesi Ziarah MADANI@Finas di Setapak Jaya, di sini hari ini.
Semalam, MCMC menerusi kenyataan memaklumkan keperluan pelesenan yang berkuat kuasa mulai 1 Januari itu bertujuan meningkatkan keselamatan dalam talian, melindungi pengguna, dan memperkukuh kawal selia ke atas penyedia perkhidmatan pesanan internet dan media sosial.
Lesen ini bagi mewujudkan persekitaran dalam talian yang dipercayai dan selamat dengan menyeru penyedia perkhidmatan agar melindungi pengguna, khususnya golongan kanak-kanak
serta kumpulan rentan.
Kegagalan mengemukakan permohonan boleh menyebabkan tindakan pengawalseliaan diambil walaupun merpkan perkara yang mahu dielakkan semua pihak.