
KUALA LUMPUR: Pelakon Datuk Remy Ishak dimasukkan ke sebuah pusat perubatan selepas dikatakan mengalami kesakitan pada dada.
Melalui hantaran dimuat naik di Instagram Story, Remy atau nama sebenarnya, Mohammad Zalimei Ishak berkata, dadanya terasa seperti terkena renjatan elektrik.
“Ketika training Super Saturday tadi, tiba-tiba macam ada renjatan elektrik pada bahagian dada sebanyak tiga kali.
“Panik sekejap tetapi berjaya kawal nafas dan habiskan sesi work out hari ini.
“Doktor cakap, saya dapat kuasa baharu, tenaga itu tengah mengalir dalam badan. Cuma satu dia pesan supaya rehat banyak-banyak,” kata pelakon berusia 43 itu.







