
KUALA LUMPUR, 13 OGOS – Hamparan dan taburan kristal Swarovski yang cukup indah cukup sinonim dengan jenama tudung Bawal Exclusive yang menjadi pilihan kebanyakan rakyat Malaysia. Maka tidak hairanlah jika jenama ini sentiasa melalui proses evolusi untuk terus menjadi antara jenama berpengaruh di sini.
Buat julung-julung kalinya, Bawal Exclusive mempersembahkan sehelai tudung termahal di dunia bernilai RM100,000 khusus sempena pembukaan Private Lounge Bawal Exclusive yang terletak di Puchong, Selangor sedikit masa lagi.
Sebenarnya tudung ini merupakan pemberian khas oleh Swarovski kepada Bawal Exclusive sebagai tanda perhargaan dan terima kasih kerana menjadi antara pemborong terbesar di dunia sejak dahulu lagi selain meraikan ulang tahun Swarovski yang ke-125 tahun
Tudung yang direka dan diinsprasikan khusus oleh pengasas jenama Bawal Exclusive, Puan Haliza Maysuri dan Tuan Mohd Rosli Awang pastinya mencatatatkan sejarah apabila diiktiraf di dalam Malaysia Book of Records sebagai tudung termahal yang pernah dihasilkan.
Semuanya bermula apabila kedua-dua mereka diberikan peluang ke majlis makan malam oleh pihak ibu pejabat Swarovski di Wattens, Austria pada 24 Oktober 2018 sempena pembukaan Swarovski manufaktur (studio reka kreatif) baharu di sana. Kesemua wakil daripada jenama terkenal dunia hadir dan merasai sendiri kemewahan kristal Swarovski yang dipertontonkan secara eksklusif kepada mereka.
“Bermula dengan satu pancaran kristal Swarovski dan ia seterusnya menghasilkan pancaran laser yang menyerlahkan butiran kristal yang berada di dalam dewan. Sudah pasti kesemua tetamu yang berada di dalam dewan berkenaan terpukau dengan keindahan yang dipertontonkan.”
“Sejak malam itu, saya berjanji mahu membawa memori tersebut pulang ke Malaysia untuk dinikmati bersama dengan seluruh penggemar jenama Bawal Exclusive selain memiliki sebuah butik mewah setanding dengan jenama antarabangsa yang lain.
“Ini juga sebagai pembutian yang peniaga Islam juga mampu berdiri sama tinggi dengan jenama popular lain. Jangan takut untuk merealisasikan impian. Semuanya perlu bermula dengan langkah pertama,” tambah Haliza lagi.
Menariknya rekaan yang melatari tudung RM100,000 ini merupakan idea Haliza dan telah direalisasikan oleh Austria Swarovski Head of Design Team. Berdiameter 1.14 meter X 1.14 meter, tudung ini ditaburi 7,512 kristal Swarovski dan mengambil masa 320 jam untuk disiapkan seramai 12 orang pekerja.