
KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad dikejarkan ke Institut Jantung Negara (IJN), sekitar jam 9.30 pagi tadi akibat terjatuh di kediamannya pada awal pagi.
Perkara tersebut disahkan Setiausaha Akhbar bekas Perdana Menteri itu, Sufi Yusoff kepada pihak media.
“Ya beliau dimasukkan ke IJN akibat terjatuh dan kini masih dalam proses pemantauan secara keseluruhan,” katanya.
Susulan kejadian itu Dr Mahathir segera dibawa ke IJN dengan menaiki ambulans dari kediamannya.
Sementara itu, seorang pegawai media Pejabat Dr Mahathir akan mengeluarkan kenyataan dalam masa terdekat berhubung keadaan kesihatan Dr Mahathir dalam masa terdekat.
Pada 13 Julai 2025, Dr Mahathir yang kini berusia 100 tahun itu pernah dikejarkan ke IJN akibat keletihan, namun dibenarkan pulang pada hari yang sama.







