
KUALA LUMPUR: Ramadan menjadi antara bulan suci yang paling dinanti-nantikan oleh semua umat Islam bagi mengejar pahala dan ganjaran berlipat ganda.
Ibadah puasa mengajar umat Islam erti bersabar dengan menahan dahaga dan lapar dari mula terbit fajar sehingga matahari terbenam, selain memberi peluang untuk mendekatkan diri dengan Allah SWT.
Sehubungan itu, ramai umat Islam mengambil kesempatan untuk menunaikan ibadah umrah semasa Ramadan bagi merasai sendiri nikmat berpuasa di Tanah Suci.
Syarikat pengendali umrah, Andalusia Travel & Tours juga tidak ketinggalan menawarkan pelbagai pakej umrah menarik kepada mana-mana umat Islam yang berhasrat menunaikan ibadah puasa di Tanah Suci.
Pengerusi Eksekutif Andalusia, Datuk Md Daud Che Ngah berkata, para jemaah berpeluang menikmati keseronokan dan keistimewaan tersendiri apabila menunaikan umrah dan berpuasa di Mekah.

Katanya, pahala sewaktu mengerjakan umrah pada Ramadan adalah setimpal atau menyamai pahala mengerjakan ibadah haji bersama Nabi Muhammad SAW.
“Kita boleh merasai bagaimana suasana berbuka dan solat terawih di Tanah Suci, di Masjid Nabawi. Situasinya amat berbeza dengan negara kita dan Andalusia menjanjikan pengalaman berharga untuk mereka yang menggunakan perkhidmatannya.

“Ramai umat Islam berhasrat menunaikan ibadah umrah ketika Ramadan kerana mereka tahu fadilat dan pahala yang bakal diperoleh,ā katanya ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang baru-baru ini.
Md Daud berkata, berpuasa di Tanah Suci bukan sekadar mahu merasai suasana berbeza, bahkan masih mementingkan tujuan utama ibadah tersebut iaitu menahan diri daripada lapar dan dahaga serta sebarang perbuatan yang boleh membatalkan puasa.
Katanya, Ramadan adalah bulan paling diangkat segala amalan kebaikan oleh Allah SWT.
“Kita mempunyai rahmat yang banyak, kita makan sedap-sedap, itu nikmat. Peluang menunaikan ibadah puasa di Tanah Suci juga merupakan satu nikmat yang Allah bagi jadi kita kena lakukan semua amalan kebaikan dengan bersungguh-sungguh supaya ibadah diterima,ā katanya.
Dalam usaha memberikan lebih banyak peluang kepada umat Islam menunaikan ibadah umrah, Andalusia Travel & Tours turut memperkenalkan Kempen JIMBA (Jelajah Impian dan Mimpi Bersama Andalusia).

Orang ramai yang berhasrat menunaikan umrah jangan lepaskan peluang untuk menyertai kempen JIMBA dengan mengisi borang penyertaan di www.jimba.com.my.
Kempen ini menawarkan hadiah istimewa seperti pakej umrah, jongkong emas, dan hadiah utama berupa sebuah kereta elektrik.