NasionalUncategorized

Usaha mencari tiga mangsa banjir di Yan diteruskan

 

USAHA mencari tiga mangsa yang dipercayai hilang berikutan kepala air yang melanda kawasan Titi Hayun berhampiran kaki Gunung Jerai, Yan, Kedah diteruskan pagi Khamis (19 Ogos).

Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) kejadian membabitkan 22 orang – dua maut, seorang cedera parah dan tiga lagi masih hilang.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat JBPM Kedah, Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata tiga mangsa yang masih hilang adalah penduduk kawasan yang dilanda bencana itu.

Polis dan Jabatan Sukarelawan Malaysia turut membantu seramai 30 anggota bomba yang dikerahkan dalam operasi mencari dan menyelamat.

Mohamadul Ehsan berkata JBPM Kedah menerima panggilan pada pukul 4.17 petang Rabu tentang kejadian yang berlaku di kawasan Titi Hayun dan segera menggerakkan anggotanya sejurus kemudian.

Sementara itu, operasi untuk mencari dan menyelamat seorang lagi mangsa juga diteruskan di Salak Denai, Batu Hampar.

Sekumpulan 19 kakitangan The Jerai Hill Resort masih tidak dapat turun kerana tanah runtuh menghalang laluan ke kaki bukit.

Beberapa kawasan lain, termasuk Kampung Perigi, Teroi Bukit, Singkir, Kampung Permatang Keramat, Kampung Lubuk Boi, Pekan Yan Besar, Titi Teras, Kampung Acheh, dan Kampung Setoi turut terkesan.

-sumber bebasnews-

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *