Inspirasi

dōTERRA Malaysia Prihatin terhadap Pesakit Kanser yang kurang mampu

Syarikat kesihatan dan kesejahteraan bersepadu serta peneraju dunia dalam pasaran Aromaterapi dan Minyak Esensial dunia, dōTERRA, telah baru-baru ini menyumbangkan RM 100,000 untuk program jangkauan masyarakat mereka di Malaysia.

Dianjurkan buat kali yang kedua semenjak pengisytiharan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada tahun yang lepas,
dōTERRA Malaysia telah berganding bahu dengan dua NGO tempatan, iaitu Hope Selangor dan National Cancer
Society of Malaysia (NCSM) untuk memberikan bantuan makanan dan keperluan harian kepada keluarga kurang
mampu di Selangor dan juga membantu membina kemudahan fasiliti terapi mainan untuk kanak-kanak di NCSM,
masing-masing menerima RM 50,000 sebagai sumbangan.

Menekankan komitmen jangka masa panjang syarikat tersebut terhadap pemerkasaan masyarakat, Ethan Wang,
Pengurus Besar dōTERRA Malaysia menganggap inisiatif terbaru ini sangat penting kerana wabak COVID-19 terus
menjejaskan kehidupan seharian rakyat Malaysia.

“Sudah lebih dari setahun setengah negara kita berada di dalam situasi pandemik ini dan kami kerap mendengar
kisah ramai orang yang bersusah kerana hilang punca pendapatan dan tidak mempunyai bekalan makanan dan
keperluan harian yang mencukupi untuk menyara hidup.

“Usaha jangkauan masyarakat yang dilakukan oleh rakyat Malaysia untuk saling menyokong dan mengangkat satu
sama lain turut memberi inspirasi dan mendorong kami untuk melakukan lebih banyak lagi untuk golongan yang
memerlukan. Menerusi kerjasama dengan pihak Hope Selangor, kami akan menyediakan bahan makanan dan
bekalan keperluan harian kepada lebih dari 625 keluarga B40 di Selangor,” kata Wang

Pengasas bersama Hope Selangor, Prema Arasan, berkata “Disebabkan oleh kes jangkitan COVID-19 yang tinggi,
ramai pesakit yang positif COVID-19 kini disarankan untuk menjalani kuarantin kendiri dan memantau status
kesihatan masing-masing di rumah sendiri. Bersama dengan sokongan doTERRA, kami kini membantu masyarakat
yang kurang bernasib baik terutama mereka yang sedang kuarantin di rumah dengan pembekalan barang-barang
seperti makanan, ubat-ubatan, peralatan kebersihan, alat ujian kendiri Covid-19 dan juga silinder oksigen mudah
alih.”

Selain inisiatif ‘Engage in Good 2.0’, dōTERRA juga telah menyumbang sebanyak RM50,000 untuk National Cancer
Society of Malaysia (NCSM) untuk membantu usaha membina kemudahan terapi bermain untuk kanak-kanak yang
menghadapi masalah barah.

“Kami berjaya mengumpul sebanyak RM 50,000 menerusi sebuah kempen penjualan yang dianjurkan baru-baru ini
untuk menyokong pembinaan kemudahan terapi bermain untuk anak-anak NCSM.
“Syarikat kami percaya terhadap moto NCSM, iaitu ‘memberi harapan dan meraikan kehidupan’, dan kami berharap
agar kanak-kanak di NCSM akan mendapat manfaat daripada terapi bermain ini,” tambah Wang.

Sri Ram Seetha, pakar terapi permainan di Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia berkata, “Kami sangat berterima
kasih atas kemurahan hati pihak doTERRA dalam menyokong pembinaan pusat terapi bermain kami. Kemudahan ini
disediakan secara percuma kepada kanak-kanak yang mengalami penyakit kanser dan lebih lagi pada masa sekarang
di mana kanak-kanak tidak dapat bermain dengan bebas dan pergi ke luar rumah, terapi bermain ini terbukti menjadi
aspek yang sangat penting dalam membantu mereka mengharungi situasi ini.”

“Terapi bermain bukan hanya bermain dengan mainan, tetapi ia mampu memberi kebebasan imaginasi dan
membantu mereka secara psikologi dan emosi, sementara mereka menjalani rawatan perubatan fizikal. Ini sanga
membantu kanak-kanak yang menghidap kanser untuk terus kekal positif dalam menjalani kehidupan seharian,”
tambahnya.

Kerja-kerja amal yang dijalankan oleh pihak doTERRA di Malaysia adalah berlandaskan pertubuhan amal
antarabangsa, dōTERRA Healing Hands FoundationTM yang memberi tumpuan kepada memperkasakan komuniti dan
menyokong pelbagai organisasi amal. Khususnya, dōTERRA Malaysia telah aktif melibatkan diri dalam usaha-usaha
pemerkasaan masyarakat sejak ia mula beroperasi di sini pada bulan April 2017, dengan jumlah sumbangan lebih
dari RM 537,000 untuk kerja jangkauan masyarakat di tanah air.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *