
KUALA LUMPUR: Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.
Perumpamaan itu menggambarkan penat lelah bakal jemaah yang bertungkus-lumus mengumpul duit untuk menunaikan umrah sehingga sanggup mengikat perut dan menjual harta benda.
Namun, impian mereka untuk menjejakkan kaki ke tanah suci tidak kesampaian apabila menyedari mereka sudah menjadi mangsa penipuan akibat tersalah memilih agensi umrah yang tidak berdaftar.
Lebih menyedihkan, ada dalam kalangan mereka yang sudah pun tiba di lapangan terbang kerana menyangka itulah momen yang paling mereka nantikan, iaitu melihat Kaabah di depan mata.
Namun, sangkaan mereka meleset apabila pihak berkaitan yang sepatutnya menguruskan pelepasan mereka ke tanah suci tidak muncul dan hanya memberi alasan, ada masalah visa, tiket penerbangan dan sebagainya.
Kisah seperti itu bukanlah kali pertama berlaku, malah boleh dikatakan setiap kali musim umrah tiba, pasti akan ada bakal Jemaah yang menjadi mangsa penipuan.
Kebanyakannya sering terpedaya dengan tawaran pakej umrah pada harga yang terlalu murah.
Ada juga bakal jemaah yang tertanya-tanya jika benarkan pakej yang ditawarkan begitu murah, namun disebabkan terpengaruh dengan janji manis dan taktik pemasaran mengelirukan agensi umrah berkenaan, mereka akhirnya mengeluarkan duit untuk tujuan yang tidak pasti.
Antara sebab masalah itu masih berlaku adalah kerana kurang kesedaran dan penyelidikan dibuat sebelum mengambil mana-mana pakej umrah yang ditawarkan.
Orang ramai yang berhasrat menunaikan ibadah umrah boleh menyemak agensi umrah berkaitan sama ada mempunyai lesen mengendali umrah atau tidak menerusi laman web Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) dan Tabung Haji.
Jika mendapati agensi umrah berkenaan tidak mempunyai lesen berdaftar, maka orang ramai dinasihatkan supaya tidak meneruskan Hasrat untuk mengambil pakej umrah yang ditawarkan.
MOTAC turut meminta mana-mana mangsa penipuan pakej umrah supaya tampil membuat aduan kepada kementerian atau polis bagi membolehkan siasatan dilakukan, sekali gus menutup mana-mana syarikat yang didapati bersalah melakukan penipuan.
Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd merupakan satu daripada syarikat pengendali umrah yang berdaftar di Bawah MOTAC dan Tabung Haji.
Sehubungan itu, orang ramai yang ingin menunaikan ibadah umrah boleh menghubungi Andalusia bagi melihat pakej menarik yang ditawarkan.

“Sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa penipuan pakej umrah dan oleh hal yang demikian, kita kena sentiasa peka dan menyemak pakej yang ditawakan oleh mana-mana syarikat bagi memastikan ia sahih dan wujud.
“Tidak tertanggung rasa kecewa mana-mana bakal jemaah yang terpaksa menanggung kerugian akibat ditipu agensi umrah yang tidak bertanggungjawab,” menurut Andalusia.
Selain menawarkan harga berpatutan, Andalusia merupakan syarikat yang berpengalaman luas mengendalikan haji dan umrah yang mana telah beroperasi sejak 2002 sehingga sekarang.
Bagi memberikan lebih banyak peluang kepada umat Islam menunaikan umrah, Andalusia memperkenalkan Kempen JIMBA (Jelajah Impian dan Mimpi Bersama Andalusia).
Kempen itu membolehkan para peserta yang berdaftar berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah berjumlah RM500,000 termasuk sebuah kereta dan dua motosikal.
Cabutan bertuah itu akan berlangsung selama 52 minggu sehingga 31 Disember 2025 pada setiap Jumaat yang disiarkan menerusi siaran langsung bermula pukul 8.30 sehingga 10 malam.








