
KUALA LUMPUR: SERAMAI 311 pegawai kerajaan didapati terbabit penyalahgunaan kuasa sehingga menyebabkan ketirisan dana awam.
Perkara itu didedahkan imbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), M. Kulasegaran, yang turut mengatakan kesemua pegawai itu dikenal pasti melakukan salah laku sedemikian telah diberikan amaran, denda, tangguh pergerakan gaji, turun pangkat dan dibuang kerja.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Ipoh Barat berkata, dua penjawat awam sudah dijatuhkan hukuman oleh mahkamah atas tuduhan berkaitan salah laku dana awam.
Bahkan katanya, tindakan yang diambil itu diketahui Ketua Audit Negara (KAN).
“Integriti pegawai dan kakitangan kerajaan sangat mustahak, tidak ada komporomi dalam hal ini tetapi yang menyusahkan perkara ini adalah ‘environment’ (persekitaran) di sana,” katanya.