KUALA LUMPUR: Bagi memenuhi permintaan orang ramai yang berminat mengikuti pakej pelancongan dengan pengalaman mesra Muslim, Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd (Andalusia) kini menawarkan pelbagai destinasi luar negara yang menarik.
Ketua Pegawai Perniagaan Andalusia, Izzati Ibrahim berkata, selain menyediakan pakej umrah, ziarah dan haji, pihaknya turut menawarkan sebanyak 35 pakej percutian mesra Muslim.

Katanya, pengembara boleh menyertai pakej lengkap yang ditawarkan dengan harga berpatutan bermula daripada RM1,298.
“Kami menawarkan 35 pakej pelancongan mesra Muslim meliputi 18 buah negara. Selain itu orang ramai boleh mendapatkan diskaun sehingga RM200 bagi setiap pakej pelancongan terpilih.
“Antara destinasi menarik untuk dilawati adalah sembilan negara Balkan seperti Zagreb, Dubrovnik, Skopje, negara 3’Stan iaitu Kazakhstan, Kyrgyzstan dan Uzbekistan.

“Ia termasuk jelajah menerokai Turkiye (Trabzon-Istanbul), Jepun (Fuji-Tokyo-Kyoto-Kyushu-Fukuoka), Emiriah Arab Bersatu (Dubai-Abu Dhabi) dan sebagainya,” katanya ketika ditemui Ceritera.
Menurut Izzati, antara pakej pelancongan Muslim yang mendapat sambutan menggalakkan adalah Turkiye dan Korea Selatan.
Katanya, Andalusia juga komited menawarkan mutu perkhidmatan terbaik dan membantu merealisasikan impian setiap keluarga untuk menjelajah destinasi impian mereka.
Bagi mendapatkan maklumat lanjut, orang ramai boleh mengunjungi 60 cawangan Andalusia di seluruh negara serta platform dalam talian rasmi mereka.
Sementara itu, Andalusia juga menawarkan peluang kepada umat Islam di negara ini untuk menunaikan umrah menerusi cabutan dalam Kempen Jelajah Impian dan Mimpi Bersama Andalusia (JIMBA).

Kempen itu membolehkan para peserta yang berdaftar berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah berjumlah RM500,000 termasuk sebuah kereta dan dua motosikal.
Cabutan bertuah itu akan berlangsung selama 52 minggu sehingga 31 Disember 2025 pada setiap hari Jumaat yang disiarkan menerusi siaran langsung bermula pukul 8.30 sehingga 10 malam.
