
KUALA LUMPUR: Syarikat pengendali pelancongan terkemuka, Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd menawarkan lima destinasi percutian ‘healing’ khas untuk mereka yang ingin melarikan diri daripada kesibukan rutin harian dan mencari ketenangan jiwa.
Andalusia memaklumkan, pakej-pakej istimewa itu menampilkan lokasi yang kaya dengan keindahan alam semula jadi, suasana tenang serta aktiviti santai, sesuai untuk proses pemulihan emosi dan mental.
Antara destinasi percutian yang ditawarkan, termasuk Sabah (Kota Kinabalu/Kundasang/Semporna/Pulau Mabul), Jepun (Tokyo/Gunung Fuji), Cruise Singapura dan Phuket, Thailand serta Maldives.

“Destinasi ini dipilih berdasarkan permintaan tinggi terhadap pelancongan berasaskan ketenangan dan kesejahteraan, sejajar dengan trend global masa kini.
“Kami faham keperluan rakyat Malaysia untuk berehat secara lebih bermakna. Lima destinasi ini bukan sekadar percutian, tetapi satu pengalaman untuk menyegarkan tubuh dan minda,” katanya kepada Ceritera.
Kesemua pakej bermula dari RM1,598 hingga RM6,598 meliputi tiket penerbangan, penginapan, makan minum, tiket masuk lawatan, insurans pejalanan dan sebagainya.
Bagi mendapatkan maklumat lanjut, orang ramai boleh mengunjungi 60 cawangan Andalusia di seluruh negara serta platform dalam talian rasmi mereka.
Sementara itu, Andalusia juga menawarkan peluang kepada umat Islam di negara ini untuk menunaikan umrah menerusi cabutan dalam Kempen Jelajah Impian dan Mimpi Bersama Andalusia (JIMBA).

Kempen itu membolehkan para peserta yang berdaftar berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah berjumlah RM500,000 termasuk sebuah kereta dan dua motosikal.
Cabutan bertuah itu akan berlangsung selama 52 minggu sehingga 31 Disember 2025 pada setiap hari Jumaat yang disiarkan menerusi siaran langsung bermula pukul 8.30 sehingga 10 malam.







