
KUALA LUMPUR: Syarikat pengendali haji dan umrah Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd (Andalusia), menawarkan diskaun sehingga RM200 bagi setiap tempahan pakej umrah sempena promosi eksklusif October Deals.
Menurut wakil Andalusia, promosi yang berlangsung dari 17 hingga 20 Oktober itu memberikan peluang kepada umat Islam menunaikan ibadah umrah dengan harga serendah RM5,990 seorang, meliputi pelbagai tarikh penerbangan dari bulan ini sehingga April 2026.

“Andalusia komited dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada para jemaah, selaras dengan pengalaman kami sebagai agensi umrah sejak tahun 2002.
“Promosi ini mencerminkan usaha berterusan kami dalam menyediakan pengalaman ibadah yang tenang dan teratur,” katanya.
Pakej umrah yang ditawarkan berdurasi 12 hari 10 malam, termasuk lima hari di Madinah dan tujuh hari di Mekah, lengkap dengan kemudahan menyeluruh bagi memastikan keselesaan serta kelancaran perjalanan para jemaah.
Orang ramai yang berminat boleh mendapatkan maklumat lanjut atau membuat tempahan melalui laman web https://umrahandalusia.typeform.com/OctDeals2025
Dalam usaha menyemarakkan semangat beribadah dan menuntut ilmu, Andalusia turut melancarkan kempen Jelajah Impian dan Mimpi Bersama Andalusia (JIMBA) iaitu inisiatif menarik yang menawarkan peluang menunaikan umrah secara percuma melalui cabutan bertuah mingguan.

Antara hadiah utama yang ditawarkan termasuk kereta, motosikal dan pelbagai barangan berharga dengan nilai keseluruhan melebihi RM500,000
Cabutan bertuah diadakan setiap hari Sabtu semasa Karnival JIMBA, dan boleh ditonton secara langsung melalui TikTok rasmi Andalusia di @jimba_andalusia.







