
KUALA LUMPUR: Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) telah memberi lampu hijau kepada dua pemain Johor Darul Ta’zim (JDT), Bergson da Silva dan Brad Tapp untuk layak mewakili pasukan kebangsaan Malaysia.
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) berkata, pengesahan tersebut diterima selepas FIFA selesai membuat semakan terhadap status kelayakan kedua-dua pemain berkenaan berdasarkan peraturan dan peruntukan yang ditetapkan.
“Status dua lagi pemain JDT iaitu Manuel Hidalgo dan Shane Lowry masih dalam proses semakan serta pengesahan oleh FIFA dan FAM masih menunggu keputusan rasmi daripada badan induk bola sepak dunia itu.
“FAM akan terus memberikan kerjasama dan mengemukakan segala maklumat serta dokumen yang diperlukan kepada FIFA berkaitan proses semakan berkenaan.
“FAM akan memaklumkan sebarang perkembangan lanjut mengenai status Hidalgo dan Lowry selepas menerima pengesahan rasmi daripada FIFA,” menurut kenyataan FAM.






