
KUALA LUMPUR: Ramadan menjadi antara bulan paling istimewa yang sentiada ditunggu-tunggu umat Islam di seluruh dunia.
Ganjaran pahala yang berlipat ganda dan penuh keberkatan menjadikan Ramadan disambut istimewa saban tahun.
Di Tanah Suci, orang ramai berebut-rebut meningkatkan amal ibadat dengan bersedekah untuk meraih ganjaran berlipat ganda.
Waktu berbuka puasa menjadi momen yang penuh kebersamaan dan tradisi, menyaksikan suasananya lebih meriah terutama di Mekah dan Madinah.
Di sana, bekalan makan minum tidak menjadi masalah kerana ramai pihak berinfak dan memberi sumbangan kepada para jemaah serta golongan memerlukan.
Para jemaah pula boleh memilih sama ada berbuka puasa di hotel penginapan atau turun ke dataran masjid untuk beriftar jamaie (beramai-ramai).

Suasana meriah ketika hampir berbuka puasa menyaksikan orang ramai beratur memdapatkan makanan percuma yang disedekah di sekitar perkarangan Masjidilharam.
Beberapa hidangan pembuka selera seperti buah kurma, roti, yogurt, manisan, susu, air zam zam dan kekacang sering menjadi pilihan untuk berbuka puasa.
Selain itu, makanan dan minuman seperti nasi mandy, khabsa, shawarma, daging kambing, ‘teh shai’ atau ‘kopi qohwah’ juga menjadi pilihan ketika berbuka puasa.
Tidak hairanlah lebih tiga juta juadah berbuka puasa dihidangkan di Masjidilharam untuk umat Islam berbuka puasa setiap hari sepanjang Ramadan.

Masyarakat Islam di negara ini yang berhasrat merasai suasana Ramadan di Tanah Suci boleh mencuba pakej umrah yang ditawarkan Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd.
Dengan harga yang berpatutan, pengalaman berpuasa dan berbuka di Tanah Suci semasa Ramadan pasti menjadi momen manis yang tidak akan dilupakan.
Andalusia turut memperkenalkan Kempen JIMBA (Jelajah Impian dan Mimpi Bersama Andalusia) yang menawarkan hadiah istimewa seperti pakej umrah, jongkong emas dan hadiah utama berupa sebuah kereta elektrik.
Orang ramai yang berhasrat menunaikan umrah jangan lepaskan peluang menyertai kempen JIMBA dengan mengisi borang penyertaan di www.jimba.com.my.
