
Kuala Lumpur: Huawei Malaysia hari ini melancarkan produk terbaru mereka, MatePad 12 X dan Watch D2 yang menawarkan teknologi canggih untuk produktiviti dan kesihatan.
Huawei MatePad 12 X berharga RM2,999 dan kini dibuka untuk pra-tempahan sehingga 29 November 2024 dengan pelbagai hadiah menarik untuk pembeli awal.
Tablet ini dilengkapi dengan bateri 10,100mAh dan 66W SuperCharge, membolehkan pengecasan penuh dalam 85 minit dengan Paparan 12 inci PaperMatte Display mengurangkan silau dan memberikan keselesaan lebih lama.
Dilengkapi dengan WPS Office PC-level, ia sesuai untuk profesional dan pelajar. Tablet ini juga serasi dengan NearLink Keyboard dan M-Pencil serta menawarkan fungsi Multi-Note dan One-Touch Split Screen.
Pembeli awal juga berpeluang menerima hadiah bernilai sehingga RM2,624, termasuk Huawei FreeBuds 5 dan M-Pencil 3rd Gen.
Sementara itu, Huawei Watch D2 adalah jam tangan pintar pertama di dunia dengan Pemantauan Tekanan Darah Ambulatori (ABPM) yang diluluskan oleh Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA), Kementerian Kesihatan Malaysia

Jam tangan ini membolehkan pemantauan tekanan darah 24 jam, serta analisis ECG, SpO2, dan kadar degupan jantung.
Ia juga menyediakan laporan Health Glance dengan 9 indikator kesihatan untuk membantu pengguna mengenal pasti risiko kesihatan.
Huawei Watch D2 turut menawarkan lebih 80 mod latihan dan boleh didapati pada harga RM1,999 dan Pembeli awal boleh mendapatkan baucar pra-tempahan bernilai RM100.
Dengan pelancaran kedua-dua produk ini, Huawei terus membawa inovasi dalam dunia teknologi dengan menawarkan peranti yang memfokuskan kepada produktiviti, kesihatan, dan gaya hidup seimbang.