Kaligrafi Cina perpaduan, Jawi?
SEJAK pagi tadi, tajuk berita di sebuah stesen televisyen swasta, ‘Kaligrafi Cina Pupuk Semangat Perpaduan’ mengundang ruang alam siber berbicara.
Berita itu merupakan liputan Bengkel Seni Kaligrafi Tahun Baharu Cina anjuran Majlis Perwakilan Rakyat Zon Lembah Pantai dan Pejabat Ahli Parlimen Lembah Pantai, semalam.
Dihadiri Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil, berita sedemikian yang turut dikongsi di dalam ‘muka surat’ wakil rakyat tersebut di Facebook tidak berhenti dipenuhi pelbagai rencah bahasa.
Kebanyakan mereka bertanya, mengapa begitu diangkat kaligrafi Cina di sebalik pertubuhan yang mewakili bangsa itu ‘bermati-matian’ menolak tulisan Jawi untuk diajar di sekolah vernakular.
“Kaligrafi perpaduan, Jawi pula apa?” Demikian antara persoalan yang dilontarkan oleh warganet di ruangan komen ‘muka surat’ Fahmi.
“Kegilaan apakah ini.. Jawi hendak dilenyapkan, kaligrafi Cina diangkat sebagai alat perpaduan,” tulis salah seorang pengguna Facebook.
Begitu juga seorang lagi pengguna Facebook dengan nada marahnya menulis: “Pernah nampak ada pemimpin Cina terhegeh-hegeh rasmi Bengkel Tulisan Jawi? Pernah kita dengar ada wakil rakyat Cina keluar kenyataan tulisan Jawi memupuk perpaduan dan semangat muhibah untuk meredakan rasisme Dong Zong dan lebih 1,000 sekolah dan pertubuhan Cina yang membantah Jawi di sekolah vernakular? Ada?”
Selain itu, pengguna Facebook lain menulis: “Apa lawak la yb pantai ni. Jawi ko tak backup. Tulisan cina ko buat promosi siap masuk tv3. Sedih la org pantai dlm gi pilih yb mcm ko ni.”
Baru-baru ini, Persekutuan Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) menegaskan untuk memastikan tulisan Jawi tidak diajar di sekolah vernacular.
Mereka turut bercadang untuk mengadakan kongres yang menghimpunankan persatuan Cina Malaysia untuk menolak pengajaran tulisan Jawi, sebelum dihalang pihak polis.
Tidak cukup dengan itu, Dong Zong menyerahkan memorandum kepada Kementerian Pendidikan bagi menyatakan penolakan berkenaan.
Entah kebetulan atau sebaliknya, Dr. Maszlee Malik pun meletak jawatan selaku Menteri Pendidikan pada Khamis lalu.
“Saya dilihat menimbulkan banyak krisis kepada kepimpinan terutama melibatkan isu Jawi, Internet sekolah dan isu sarapan percuma,” katanya ketika mengumumkan peletakan jawatan itu.