
PETALING JAYA: Selangor FC mencatat kemenangan tipis menewaskan Negeri Sembilan (NSFC) 1-0 dalam aksi Liga Super di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) semalam.
Ia merupakan kemenangan kedua berturut-turut skuad Gergasi Merah di bawah kendalian ketua jurulatih kelahiran Korea Selatan, Kim Pan-gon.
Gol kemenangan Selangor FC hadir pada minit ke-60 melalui tandukan kencang pemain tengah, Nooa Laine.
Keputusan berkenaan menyaksikan Selangor mengumpul 31 mata sekali gus memiliki kelebihan dua mata dengan pencabar terdekat di tangga ketiga, KL City FC yang memiliki 29 mata apabila dikejutkan Penang FC.
Kuching City FC yang tewas kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) kekal dengan 28 mata.







