
KUALA LUMPUR: Ramadan kali ini berlalu sangat pantas, sedar-sedar tinggal kurang dua minggu lagi umat Islam bakal menyambut Hari Raya Aidilfitri.
Di sebalik masyarakat sibuk menyiapkan persiapan raya, ada satu lagi keistimewaan Ramadan yang sentiasa ditunggu-tunggu, iaitu malam Lailatul Qadar.
Lailatul Qadar adalah malam teragung penuh kemuliaan yang Allah SWT hadiahkan kepada umat Nabi Muhammad SAW yang hanya akan berlaku pada satu daripada malam ganjil dalam tempoh 10 hari terakhir bulan Ramadan.
Berdasarkan ayat al-Quran dalam Surah al-Qadr, Allah menyebut Lailatul Qadar sebagai malam lebih baik daripada 1,000 bulan iaitu bersamaan lebih kurang 83 tahun.
Memburu malam Lailatul Qadar adalah impian setiap umat Islam yang sentiasa bertakwa kepada Allah SWT tanpa mengira di mana mereka berada.
Begitu juga dengan suasana di Tanah Suci apabila umat Islam dari segenap pelosok dunia membanjiri Masjid Nabawi dan Masjidilharam untuk mengejar pahala dengan harapan dapat menemukan Lailatul Qadar menjelang 10 hari terakhir Ramadan.

Jumlah jemaah dikatakan berlipat ganda di kedua-dua masjid bermula pada malam ke-27 Ramadan.
Suasana ketika itu menyaksikan umat Islam menangis memohon keampunan, memuji kebesaran Allah SWT dan berharap dapat bertemu lagi dengan Ramadan akan datang.
Umat Islam berpeluang menikmati suasana penuh kesyukuran itu menerusi pakej umrah yang ditawarkan syarikat Andalusi & Tours pada harga berpatutan.
Menerusi pakej umrah yang ditawarkan, umat Islam berpeluang menikmati Ramadan di Tanah Suci dalam suasana berbeza, sekali gus memburu malam Lailatul Qadar.

Bagi memberikan lebih banyak peluang kepada umat Islam menunaikan umrah, Andalusia memperkenalkan Kempen JIMBA (Jelajah Impian dan Mimpi Bersama Andalusia).
Kempen itu membolehkan para peserta yang berdaftar berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah berjumlah RM500,000 termasuk sebuah kereta dan dua motosikal.
Cabutan bertuah itu akan berlangsung selama 52 minggu sehingga 31 Disember 2025 pada setiap hari Jumaat yang disiarkan menerusi siaran langsung bermula pukul 8.30 sehingga 10 malam.