
KUALA LUMPUR: Pada usia hampir 39 tahun, figura bernama Lionel Messi masih mampu memukau pentas bola sepak dunia.
Kemenangan Argentina ke atas Algeria pada saingan kumpulan J Piala Dunia 2026 di Stadium Kansas City, Amerika Syarikat (AS), legenda bola sepak itu bukan sahaja meledak jaringan hatrik malah mencipta sejarah dengan memecah tujuh rekod dalam satu perlawanan.
Ceritera merungkai tujuh rekod kapten Argentina itu sekali gus membuktikan era kegemilangan Messi masih belum menemui titik noktah.
Pemain pertama beraksi dalam 6 edisi Piala Dunia
Messi menjadi pemain lelaki pertama yang bermain dalam enam edisi Piala Dunia FIFA (2006, 2010, 2014, 2018, 2022 dan 2026).
Menyamai rekod penjaring terbanyak sepanjang zaman Piala Dunia
Hatrik Lionel Messi pada perlawanan menentang Algeria membawa jumlah jaringan Piala Dunia kepada 16 gol menyamai rekod legenda Jerman, Miroslav Klose.
Pemegang rekod sumbangan gol terbanyak Piala Dunia
Messi kini memiliki 24 sumbangan gol (16 gol, 8 bantuan jaringan) menjadikan dia pemain dengan penglibatan gol terbanyak dalam sejarah Piala Dunia.
Pemain tertua menjaringkan hatrik di Piala Dunia
Pada usia hampir 39 tahun, Messi memecahkan rekod pemain tertua yang pernah mencatat hatrik di kejohanan itu.
Perlawanan antarabangsa ke-200 bersama Argentina
Pemain kelahiran Rosario, Argentina itu menjadi antara segelintir pemain yang mencapai 200 penampilan antarabangsa dan meraikannya dengan hatrik.
Hatrik pertama Messi di Piala Dunia
Walaupun sudah memenangi Piala Dunia dan pelbagai trofi utama, perlawanan menentang Algeria memahat sejarah tersediri apabila merupakan hatrik pertama Messi dalam sejarah penampilan di Piala Dunia.
Pemain pertama menjaringkan gol dari permainan terbuka dalam 5 Piala Dunia berbeza
Jaringannya menambah satu lagi rekod unik apabila dia menjadi pemain pertama yang menjaringkan gol daripada permainan terbuka merentasi lima edisi Piala Dunia berbeza







