Onexox TKKR SAG Team terima suntikan BMW Motorad
BMW Motorad taja 4 jentera S1000RR dan alat ganti bernilai USD25,000 bersama dua jurutera untuk musim perlumbaan ARRC 2020.
Kejayaan Azlan Shah Kamaruzaman menjuarai perlumbaan Asia Road Racing Championship (ARRC) 2019 Kategori ASB 1000 telah membuka mata pihak BMW Motorad yang akan menaja pasukan, Onexox TKKR SAG Team pada musim akan datang.
Tajaan berbentuk 4 buah motosikal BMW S1000RR dan alat ganti bernilai USD25,000 sudah pastinya memberikan satu suntikan semangat buat pasukan yang terdiri daripada anak tempatan.
Melalui laman sosial rasmi Onexox TKKR SAG Team , ketika pemilihan jentera BMW bagiperlumbaan tahun 2019 mereka merasakan mereka mempunyai peluang untuk mendapat sokongan pengilang jika menjadi juara kerana tiadanya pasukan pengilang berbanding jenama lain seperti Honda, Yamaha dan Kawasaki pada perlumbaan itu.
Ternyata semua yang direncanakan berhasil apabila pasukan Onexox TKKR SAG Team bersama pelumba Azlan Shah Kamaruzaman berjaya menjadi juara keseluruhan bagi kategori tertinggi iaitu ASB 1000 pada ARRC 2019.
Bagi tahun perlumbaan 2020, pasukan akan terus mengekalkan enam krew dan pakar rakyat Malaysia kerana percaya dengan kebolehan mereka sehingga berjaya membawa pasukan menjadi juara keseluruhan musim ini walaupun dalam serba kekuarangan.
“Kepakaran dan kejayaan pasukan tempatan sudah terbukti di luar dan berjaya merasih pelumba terbaik Asia, diharap lebih ramai akan menyokong usaha kami di masa akan datang.
Bagi mereka yang mahu mengikuti perkembangan dan menyokong usaha yang dilakukan oleh pasukan ini bolehlah melayari laman web mereka www.onexox.my dan www.tkkr.my.
Kami di Ceritera sentiasa menyokong usaha anak tempatan yang mempunyai cita-cita besar serta berjaya menempa kejayaan dipersada antarabangsa.
SUMBER : LAMAN SOSIAL Onexox TKKR SAG Team