
KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membuka enam kertas siasatan berhubung kes pemasangan Jalur Gemilang secara terbalik yang dikesan berlaku di beberapa negeri sejak kebelakangan ini.
Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail berkata, insiden berkenaan melibatkan kes-kes yang berlaku di Johor, Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan.
“Kita telah siasat enam kes melibatkan pemasangan atau pengibaran bendera secara terbalik, Johor (dua kes), Pulau Pinang (dua kes), Selangor (satu kes), dan Negeri Sembilan (satu kes).
“Dengan kesemua jumlah ini, kita sudah buka kertas siasatan dan proses perundangan telah diambil. Daripada enam kes, lima kes kita telah kemukakan kepada pihak Peguam Negara untuk tindakan lanjut,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media di Bukit Aman di sini, hari ini.
Terdahulu, empat individu telah ditahan bagi membantu siasatan kes pengibaran Jalur Gemilang secara terbalik di sebuah premis perniagaan di Pusat Perdagangan Pontian, Johor.
Di Pulau Pinang pula, kes sama turut dikesan melibatkan pemasangan bendera negara secara terbalik di sebuah kedai perkakasan di kawasan Berta





