
KUALA LUMPUR: Selepas lima tahun menabur bukti, Datuk Shahul Hameed Dawood menamatkan perkhidmatannya sebagai Ketua Eksekutif Human Resource Development Corporation (HRD Corp).
Memulakan perkhidmatan pada tahun 2020, Shahul tampil dengan misi yang jelas dan ampuh dalam mengangkat HRD Corp sebagai pelopor strategik dalam pembangunan modal insan negara.
Shahul bukan shaja meninggalkan organisasi yang jauh lebih kukuh, malah beliau turut melaksanakan semua pendekatan yang diambil dengan cemerlang melalui pelbagai inisiatif an reformasi dasar yang menyeluruh.
Di Bawah kepemimpinan beliau, HRD Corp merekodkan banyak pencapaian luar biasa yang mengubah landskap Latihan dan pembangunan bakat di Malaysia.
Antara pencapaian utama termasuk:
Peningkatan Aset Secara Dramatik: Aset di bawah pengurusan HRD Corp meningkat lebih dua kali ganda kepada lebih RM4 bilion pada tahun 2024, menunjukkan pertumbuhan 101% sejak 2020.
Prestasi Kewangan Kukuh: Kutipan levi meningkat kepada RM2.32 bilion, manakala kelulusan geran pula mencecah RM2.28 bilion, dengan kadar penggunaan 98%, mencerminkan kecekapan sistem dan kepercayaan majikan terhadap HRD Corp.
Peneraju Serantau: HRD Corp menjadi peneraju dalam pembangunan tenaga kerja serantau apabila dipilih sebagai tuan rumah ASEAN Year of Skills 2024, memperkukuh peranan Malaysia dalam platform global pembangunan modal insan.
Reformasi Dasar dan Polisi: Di bawah kepimpinannya, HRD Corp memperkenalkan pelbagai penambahbaikan dasar yang merangkumi peluasan akses kepada latihan bagi perusahaan kecil dan sederhana (PKS), pelaksanaan model latihan berasaskan kemahiran masa hadapan, serta pengukuhan ekosistem pembekal latihan.
Transformasi Digital Menyeluruh: HRD Corp menjalani digitalisasi besar-besaran, termasuk pembangunan sistem pengurusan permohonan yang dipertingkat, portal majikan dan penyedia latihan yang lebih mesra pengguna, serta pelaksanaan teknologi analitik data untuk pemantauan impak latihan secara masa nyata.
Penjenamaan Semula Organisasi: Di bawah teraju beliau, HRD Corp berjaya menjenamakan semula identitinya – daripada PSMB – sebagai entiti yang progresif dan berpandangan jauh, selari dengan aspirasi negara ke arah ekonomi berasaskan pengetahuan.
Shahul juga bukan sahaja dikenali kerana kecekapan pentadbiran dan kepakaran strategi, beliau juga dikenali kerana sifatnya yang inklusif, terbuka dan sentiasa meletakkan kepentingan akyat serta negara di hadapan.
Menerusi kepimpinannya, HRD Corp menjadi organisasi yang lebih dekat dengan komuniti melalui program outreach, latihan bersasar kepada golongan rentan dan Kerjasama dengan pelbagai kementerian dan agensi.
Beliau turut menitikberatkan pembangunan dalaman kakitangan HRD Corp sendiri, dengan memperkenalkan program peningkatan kompetensi dan budaya kerja berprestasi tinggi, menjadikan organisasi ini bukan sahaja cekap dari segi luaran, tetapi mantap dari dalam.
Biarpun kini Shahul tidak lagi menerajui HRD Corp, perjuangannya tetap akan terus hidup.
“Saya melangkah pergi dengan penuh rasa bangga dan syukur, serta keyakinan organisasi ini akan terus mara ke hadapan.
“Perjalanan saya mungkin berubah arah, tetapi perjuangan ini tetap saya bawa bersama,” ujar DShahul dalam ucapan terakhirnya kepada warga HRD Corp dan para pemegang taruh.
Nama beliau akan terus terpahat dalam sejarah HRD Corp sebagai arkitek utama transformasi organisasi ini, yang telah menyumbang secara signifikan kepada kemajuan ekosistem tenaga kerja negara.