
GLASGOW: Gergasi bola sepak Scotland, Celtic memecat pengurus Wilfried Nancy selepas hanya 33 hari mengendalikan pasukan.
Pengendali dari Perancis itu mencatat enam kekalahan daripada lapan perlawanan selepas menggantikan Brendan Rodgers.
Bahkan, kekalahan 3-1 di laman sendiri kepada seteru utama, Rangers, Sabtu lalu mencetuskan bantahan besar-besaran penyokong.
Menurut kenyataan Celtic, kelab telah membuat keputusan untuk menamatkan kontrak pengurus, Wilfried berkuat kuasa serta-merta.
“Penolong Wilfried, Kwame Ampadu, Jules Gueguen dan Maxime Chalier juga akan meninggalkan kelab.
“Kelab juga mengesahkan Paul Tisdale telah melepaskan jawatan sebagai Ketua Operasi Bola Sepak.
“Kami mengucapkan terima kasih kepada Paul atas sumbangan yang telah diberikan dalam peranan tersebut,” katanya.







