
KUALA LUMPUR: Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, mengumumkan peletakan jawatannya berkuat kuasa serta-merta susulan keputusan Mahkamah Tinggi membenarkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menjalani baki hukuman penjara menerusi kaedah tahanan rumah.
Dalam satu kenyataan hari ini, Anthony berkata keputusan itu dibuat selepas Najib tiba di kediamannya di Langgak Duta, di sini, untuk menjalani perintah tahanan rumah berkenaan.
Beliau turut menjelaskan peletakan jawatan itu selaras dengan pendirian DAP yang tidak bersetuju dengan pelaksanaan tahanan rumah terhadap bekas Perdana Menteri berkenaan.
Terdahulu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memerintahkan Najib menjalani baki hukuman penjara bagi kes penyelewengan dana SRC International Sdn. Bhd. menerusi kaedah tahanan rumah di kediamannya di Langgak Duta, berkuat kuasa serta-merta.
Menerusi perintah itu, Najib akan menjalani tahanan rumah sehingga 23 Ogos 2028 sebelum kembali ke Penjara Kajang pada 24 Ogos tahun sama bagi menjalani hukuman penjara berkaitan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB).







