Titijaya, Maybank Islamic tawar HouzKEY


CHAIRMAINE LIM (kanan) bersama Sally Lye bertukar dokumen kerjasama Maybank Islamic HouzKEY di Kota Damansara.

KUALA LUMPUR 3 Mac – Pemaju hartanah, Titijaya Land Bhd. (Titijaya) mengumumkan kerjasama secara rasmi dengan Maybank Islamic bagi menawarkan program HouzKEY untuk pembelian hartanah syarikat tersebut.

Program HouzKEY merupakan inisiatif penyelesaian pembiayaan kediaman oleh Maybank Islamic dan Titijaya, bagi tujuan membiayai pembelian projek hartanah yang terkini.

Di bawah pembiayaan itu, pembeli hartanah Titijaya kini boleh menikmati 100 peratus pembiayaan untuk kediaman yang dibeli selain dikecualikan sebarang bayaran ketika tempoh pembinaan.

Dalam erti kata lain, pembeli kali pertama dan pembeli yang mahu menaik taraf pemilikan kediaman boleh menikmati bayaran pendahuluan hanya satu peratus tanpa bayaran lain sehingga kediaman siap sepenuhnya.

“Kami menyasarkan khususnya kepada pemilik untuk menghuni fasa pertama projek perbandaran Damaisuria. Ini merupakan kerjasama hebat dengan Maybank bagi menawarkan penyelesaian pembiayaan inovatif kerana membantu sebahagian pelanggan yang memerlukan kecekapan aliran tunai dan fleksibiliti dalam pembiayaan.

“Sebagai pemaju adalah menjadi tanggungjawab kami menyediakan penyelesaian pembiayaan dan bekerjasama dengan institusi kewangan seperti Maybank untuk membantu rakyat Malaysia memiliki kediaman dengan HouzKEY direka khusus untuk itu,” kata Pengarah Eksekutif Titijaya, Charmaine Lim.

Hadir sama dalam pelancaran Program HousKEY ialah Pengarah Urusan Maybank Real Estate Ventures, Sally Lye.

Sementara itu, Sally Lye menjelaskan menerus HouzKEY, pembeli boleh mengunci harga hartanah ketika ini untuk tempoh lima tahun akan datang.

“Kami percaya keinginan semakin meningkat untuk pemilikan kediaman dalam kalangan rakyat Malaysia bagaimanapun ketidakupayaan untuk memiliki kediaman kekal menjadi penghalang.

“Didorong oleh misi Maybank iaitu memudahkan pembiayaan, kami datangkan dengan insentif penyelesaian pembiayaan kediaman yang dipanggil HouzKEY,” katanya.

Seiring Residensi merupakan projek perbandaran fasa pertama Damaisuria, merangkumi empat menara apartment servis yang menawarkan pilihan unit pelbagai saiz dari 668 kaki persegi hingga 972 kaki persegi dengan dilengkapi sehingga empat bilik.

Menampilkan susun atur moden dan praktikal, ruangan ini direka untuk memenuhi keperluan gaya hidup urban di kawasan Subang.

Terletak bersebelahan sempadan Kota Damansara dan Subang, Damaisuria adalah pembangunan pegangan bebas yang menawarkan kehidupan keluarga eksklusif yang mampu milik.

Damaisuria merupakan lokasi kediaman ideal bagi menikmati kehidupan berkeluarga, tempat untuk membesarkan anak-anak atau tempat untuk menghabis masa-masa tua.

Titijaya meraikan ulangtahunnya yang ke-23 tahun ini dan sebagai tanda penghargaan di atas sokongan yang diberikan oleh para pelanggan, syarikat akan menawarkan pakej jualan yang menarik untuk produknya mulai 15 April 2020.

Untuk mengetahui secara lanjut mengenai hartanah Titijaya, sila lawati laman web www.titijaya.com.my atau hubungi 1300-22-9898.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *