
KUALA LUMPUR: Program Rakan Muda Turun Kampus 2025 bermula dengan Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR), Kampus Bandar Sungai Long menjadi destinasi pertama.
Program berkenaan membolehkan penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) menyampaikan aspirasi, pandangan dan idea tentang pembangunan belia serta sukan negara secara terus kepada kepimpinan tertinggi Kementerian Belia dan Sukan (KBS).
Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata, objektif program tersebut adalah untuk menyampaikan maklumat terkini mengenai dasar, inisiatif dan tindakan yang diambil oleh kerajaan terutamanya yang melibatkan pembangunan belia dan sukan.
“Program ini juga memberi peluang kepada belia untuk menyuarakan pandangan berkaitan isu pembangunan dan sukan untuk mereka.
“Kita juga akan menyantuni belia di semua institusi pengajian tinggi bagi meluaskan pelaksanaan gaya hidup rakan demokrasi,” katanya ketika menghadiri program berkenaan, hari ini.
Dalam program itu, Hannah juga menyantuni warga UTAR daripada pelbagai fakulti dan meninjau fasiliti yang terdapat di Kampus Sungai Long.
Sebanyak 10 Rakan Muda Turun Kampus dijangka melibatkan 5,000 pelajar akan dilaksanakan sepanjang tahun ini.
Program itu turut disemarakkan dengan aktiviti interaktif yang dikendalikan oleh Bahagian Pembangunan Rakan Muda, Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN).
Sementara itu, Hennah menyatakan pelaksanaan program berkenaan doharap dapat mengukuhkan identiti dan perpaduan dalam kalangan pelajar IPT, membina jaringan kerjasama merentasi institusi dan mendapatkan input secara langsung