
KUALA LUMPUR: Ramadan yang penuh berkah kini sudah melabuhkan tirainya dan Syawal yang dinanti diraikan penuh kegembiraan.
Di Malaysia, tradisi bermaaf-maafan, kunjung mengunjungi rumah anak saudara dan acara rumah terbuka mewarna sambutan Syawal.
Di tempat lain di seluruh dunia, sambutan Syawal mungkin berbeza namun tujuannya sama, iaitu sebagai tanda kemenangan selepas sebulan berpuasa menahan hawa nafsu.
Mungkin ada yang tertanya-tanya bagaimana pula suasana atau pengalaman menyambut Syawal di Tanah Suci?
Pengalaman dan peluang menunaikan ibadah umrah sekali gus meraikan Aidilfitri di Tanah Suci pasti meninggalkan memori yang tidak akan dilupakan.
Pegawai Haramain Andalusia Travel & Tours, Muhammad Aries Sofean Mohd Nor berkongsi pengalamannya meraikan Aidilfitri di Tanah Suci selepas menetap selama empat tahun di sana.

Katanya, suasana hari raya di Mekah dan Madinah mempunyai keistimewaan tersendiri dan serta sudah pasti berbeza dengan situasi di Malaysia.
“Sepanjang empat tahun saya menetap di Tanah Suci, sudah dua kali saya menyambut Aidilfitri di sana. Bagi penduduk Asia Barat, termasuk di Mekah dan Madinah, sambutan Ramadan lebih meriah berbanding Aidilfitri.
“Hal ini kerana mereka benar-benar mengejar fadilat Ramadan yang hanya tiba setahun sekali, namun mereka juga bukanlah tidak memuliakan Syawal.
“Sambutan Syawal di sana juga meriah. Seperti biasa, kita akan menunaikan solat sunat di Waktu pagi di Masjidilharam dan mendengar khutbah hari raya.

“Kemudian, kita akan menikmati hidangan yang menunya berbeza dari Malaysia, namun masih lazat,” katanya.
Muhammad Aries berkata, bahagian katering Andalusia turut menyediakan juadah lazim Aidilfitri seperti nasi himpit, rendang, sate dan sebagainya kepada para Jemaah.
“Ada juga Jemaah dari Malaysia membawa biskut raya untuk dinikmati Bersama dan dihidangkan secara potluck.
“Setiap tahun, Andalusia juga menghantar beraneka jenis biskut raya kepada petugas dan jemaah di Mekah serta Madinah,” ujarnya.
Bagi memeriahkan suasana Aidilfitri di Tanah Suci, para jemaah turut tidak ketinggalan mengenakan busana raya seperti baju melayu dan baju kurung, selain memasang lagu raya.

Namun, Muhammad Aries memberitahu, meriahnya Aidilfitri di Tanah Suci hanya seketika kerana selepas Zohor, setiap kumpulan jemaah akan meneruskan ktiviti seperti ziarah dan rukun umrah.
Bagi merasai sendiri pengalaman berpuasa dan beraya di Tanah Suci, masyarakat Islam di negara ini boleh mencuba pakej umrah yang ditawarkan Andalusia.
Selain itu, bagi memberikan lebih banyak peluang kepada umat Islam menunaikan umrah, Andalusia memperkenalkan Kempen JIMBA (Jelajah Impian dan Mimpi Bersama Andalusia).
Kempen itu membolehkan para peserta yang berdaftar berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah berjumlah RM500,000 termasuk sebuah kereta dan dua motosikal.
Cabutan bertuah itu akan berlangsung selama 52 minggu sehingga 31 Disember 2025 pada setiap hari Jumaat yang disiarkan menerusi siaran langsung bermula pukul 8.30 sehingga 10 malam.
