

Apakah benar JomDonate.com (JD) adalah platform kebajikan yang tulen? Menurut laman Facebook Scam No One telah mengenal pasti mastermind di sebalik platform ini, iaitu Ustaz Mohamad Basri Ibrahim (UMBI). Persoalannya, adakah beliau benar-benar berintegriti?
UMBI pernah muncul dalam Radio IKIM sebagai panel untuk membicarakan soal halal haram dalam amalan harian. Tetapi, adakah beliau mempraktikkan apa yang dibicarakan?
Di Mana Integriti?
Sebelum kita teruskan, mari kita tetapkan standard. Apakah salah untuk kita mengutip derma bagi pihak ketiga? Tidak salah, tetapi adakah kutipan tersebut diserahkan 100% kepada penerima? Kami memegang amanah penderma, jadi satu sen pun tak boleh diambil.
Kami telah merujuk kepada Pakar Muamalat, Ustaz Dr. Abdul Rahman bin Abdul Shukor. Adakah pengambilan komisen oleh pihak influencer atau JD sah? Tidak, ianya sama seperti mencuri di siang hari.
UMBI dan Strategi Licik: Siapa Yang untung?
Bagi setiap kutipan di platform JD, adakah benar UMBI mengambil 5.5%? Mengapa kutipan yang tidak melibatkan influencer susah untuk “pick up”? Adakah ini sebab UMBI mengedarkan fail PDF kepada influencer dengan menawarkan komisen 20%?
Adakah ini yang dimaksudkan dengan “daylight robbery”? Bila terbongkar isu 20% disakau oleh influencer, mengapa AH&AT mula sentap dan mengugut untuk saman netizen yang mempersoalkan?
Peranan Influencer: Adakah Mereka Sedar?
Katakan influencer dapat mengutip RM100,000. Adakah benar RM5,500 sudah jadi bahagian JD? Bakinya RM94,500 diserahkan kepada influencer. Dalam perjanjian, adakah influencer boleh mengambil 20%? Tiada mekanisme untuk memantau perjalanan duit derma ini. Adakah mereka boleh buat apa sahaja dengan wang tersebut?
Pengawasan LHDN: Adakah UMBI dan JD Selamat?
Untuk pengetahuan UMBI dan JD, adakah kamu sedar bahawa kamu sedang diperhati oleh LHDN? Adakah influencer yang JD gunakan mempunyai kelulusan untuk mengutip dana awam? Jika tidak, adakah JD telah melanggar undang-undang dan boleh dikenakan tindakan?
Kempen dan Penghentian: Apa Tindakan Seterusnya?
Kami mohon supaya JD hentikan penggunaan selebriti untuk mengutip derma. Mengapa JD tidak nyatakan dengan terang pada flyers berapa persen yang mereka ambil dan berapa persen yang influencer ambil?
Adakah ini yang terbaik untuk dilakukan, wahai influencer, UMBI dan JD? Kamu bukan sahaja melanggar undang-undang malah melanggar hukum Tuhan. Adakah kamu sedar bahawa kamu semua berpakat untuk mencuri duit awam di siang hari?