
MEDITERRANEAN: Tentera laut Israel dilaporkan memintas konvoi Global Sumud Flotilla 2.0 di perairan antarabangsa lewat Rabu ketika dalam perjalanan ke Gaza.
Menurut Global Sumud Flotilla, bot tentera Israel mengepung konvoi berhampiran pulau Crete, Greece, selain komunikasi dengan 11 kapal terputus.
Mereka juga mendakwa anggota tentera berada berhampiran kapal dan mengacukan senjata ke arah peserta.
Gerakan itu menyeru kerajaan antarabangsa bertindak melindungi kapal serta menuntut Israel dipertanggungjawabkan.
Flotila berkenaan membawa bantuan kemanusiaan dengan tujuan memecahkan sekatan Israel ke atas Gaza dan membuka laluan laut.
Laporan sebelum ini menyebut konvoi itu melibatkan kira-kira 100 bot dan hampir 1,000 aktivis dari pelbagai negara.
Israel mengenakan sekatan ke atas Gaza sejak 2007, dengan jutaan penduduk Palestin terjejas akibat konflik berpanjangan.







