
KUALA LUMPUR : Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin menjelaskan keputusan beliau melepaskan jawatan sebagai Pengerusi Perikatan Nasional (PN) dibuat atas pertimbangan strategi jangka panjang parti.
Beliau menegaskan, fokus utamanya kini tertumpu kepada usaha memperkukuh kelangsungan, kekuatan dan masa hadapan parti bergerak di landasan tepat.
Menurut beliau, dalam perjuangan politik, ada masanya langkah berundur perlu diambil bukan kerana kelemahan, sebaliknya Langkah mengukuhkan asas, menyusun barisan kepimpinan dan membina kekuatan parti yang lebih tersusun dan mampan.
“Saya menuntut agar seluruh ahli Bersatu kekal beristiqamah, berdisiplin dan menjunjung budaya saling menghormati, serta menyelesaikan sebarang perbezaan secara berhemah, matang dan tertutup demi kepentingan parti,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.
Muhyiddin yang meletakkan jawatan sebagai Pengerusi PN pada Selalu dalam masa sama turut menjelaskan, pengundurannya bukan tanda kelemahan, sebaliknya bagi membina kekuatan parti yang lebih tersusun dan mampan.
Dalam pada itu, beliau memberitahu masih menerajui Bersatu sebagai Presiden dan meskipun tidak lagi memimpin PN.
“Bersatu kekal sebagai rakan yang berprinsip, konsisten dan setia dalam PN,” katanya.







