
KUALA LUMPUR: Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza Taruddin menyifatkan pemergian Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali sebagai kehilangan besar buat seluruh rakyat negara ini.
Beliau berkata, ia berikutan jasa dan sumbangan Tun Dr. Siti Hasmah yang begitu banyak dalam bidang kesihatan, kebajikan serta pembangunan wanita sepanjang hayatnya.
“Saya turut mendoakan agar Tun Dr. Mahathir Mohamad serta seluruh ahli keluarga Allahyarhamah diberikan ketabahan, kesabaran dan kekuatan jiwa dalam menghadapi dugaan berat ini.
“Allahyarhamah adalah seorang tokoh wanita yang sangat penyayang, lemah lembut dan mempunyai sifat keibuan yang tinggi,” katanya melalui hantaran di media sosial.





