
GEORGETOWN : Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (SPK) sedang meneliti keperluan untuk melantik lebih ramai hakim dan pesuruhjaya kehakiman bagi menangani kekurangan jumlah hakim dan peningkatan mendadak kes
Ketua Hakim Negara, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh berkata, langkah itu antara usaha yang sedang dipertimbangkan bagi memastikan sistem kehakiman dapat beroperasi dengan lebih cekap serta memenuhi permintaan yang semakin meningkat.
Namun begitu, Wan Ahmad Farid menegaskan penambahan jawatan bukanlah penyelesaian menyeluruh kepada isu berkenaan.
“Kita tak mahu apa yang kita buat sekarang ini lebih kepada ‘firefighting’. Lantik lebih ramai tenaga kerja memang membantu, tetapi ia bukan satu-satunya penyelesaian.
“Kita ada beberapa usaha lain yang sedang berjalan untuk mengurangkan beban kerja, termasuk peluasan mediasi dan kaedah penyelesaian alternatif,” katanya selepas pelancaran Persidangan Mahkamah Rayuan Secara Litar di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang, di sini, hari ini,
Tambah Wan Ahmad Farid, langkah itu sekali gus memaksa pelaksanaan beberapa langkah konkrit bagi mengurangkan tempoh menunggu yang panjang.
Adalah mustahil daripada segi kemampuan manusia untuk seorang hakim mendengar 800 kes. Beban kerja munasabah sepatutnya sekitar 200 hingga 250 kes.
“Kita tahu apa punca masalah dan sedang menanganinya,” katanya.







